Melaka perkenal semula MKJR

Sulaiman (kiri) memakaikan jaket keselamatan kepada seorang penunggang motosikal sempena pelancaran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Tahun Baharu Cina Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.
Sulaiman (kiri) memakaikan jaket keselamatan kepada seorang penunggang motosikal sempena pelancaran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Tahun Baharu Cina Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri memperkenalkan semula Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di Melaka dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, MKJR di Melaka telah dimansuhkan pada tahun 2018 namun melihat peranannya penting dalam membantu mengurangkan kadar kemalangan ia perlu ditubuhkan semula.

Menurutnya, kewujudan semula MKJR diyakini mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain memberikan kesedaran advokasi keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Katanya, ia juga diteruskan seperti biasa dan dipengerusikan oleh Exco Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Pengangkutan, Kemudahan Awam Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman.

"Kalau benda baik menjurus kepada keselamatan eloklah diwujudkan semula.

"Jadi kita dah wujudkan, dah lancar sebelum ini dah hari ini perasmian," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Tahun Baharu Cina Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.

Sulaiman ketika membuat pelepasan kenderaan agensi penguat kuasa pada program pelancaran itu.
Sulaiman ketika membuat pelepasan kenderaan agensi penguat kuasa pada program pelancaran itu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramly dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah JPJ Melaka, Mohd Firdaus Shariff.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, dengan adanya MKJR mereka dapat mengadakan pelbagai aktiviti kesedaran keselamatan serta mengenal pasti kawasan yang boleh menyebabkan kemalangan sama ada jalan negeri mahupun jalan persekutuan.

"Selepas mengambil alih kerajaan negeri saya segera memohon (MKJR) kena Melaka sebuah negeri pelancongan dan selepas pintu sempadan dibuka ramai pelancongan yang datang," katanya.

Pada program itu Sulaiman turut membuat pelepasan kenderaan pelbagai agensi penguat kuasa yang terlibat dalam Ops Tahun Baharu itu.