Empat fungsi Suruhanjaya Kanak-kanak

Azalina
Azalina
A
A
A

PUTRAJAYA - Empat fungsi Suruhanjaya Kanak-Kanak digariskan antaranya mempromosi kesedaran dan pendidikan terhadap hak golongan itu kepada kerajaan dan orang awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, suruhanjaya itu turut bertindak untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam menggubal perundangan, arahan pentadbiran dan prosedur serta mengesyorkan tindakan-tindakan yang perlu diambil.

"Suruhanjaya ini juga boleh menasihati kerajaan berhubung obligasi antarabangsa di bawah Convention on the Rights of the Child (CRC) dan lain-lain perjanjian antarabangsa yang berkaitan," katanya.

Menurutnya, suruhanjaya juga boleh mengadakan inkuiri dan menjalankan penyiasatan terhadap sebarang aduan pelanggaran hak kanak-kanak.

"Pesuruhjaya Kanak-kanak juga akan menerajui proses penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak melalui penggubalan Akta yang khusus sepanjang tempoh pelantikannya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pengumuman Pesuruhjaya Kanak-kanak tersebut akan dilakukan selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sejajar dengan seksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri kerana telah bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya ini untuk melindungi dan memelihara golongan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: