Rakyat Perak nikah di Thailand perlu daftar di JAIPk

Saarani (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar terlibat ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
Saarani (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar terlibat ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Pernikahan yang dijalankan di luar negara termasuk Thailand boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh Mahkamah Syariah Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mahkamah Syariah negeri akan menentukan pernikahan itu sah atau tidak sebelum ia boleh didaftarkan.

Menurutnya, pihak mahkamah akan mengenakan hukuman termasuk denda maksimum denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Dengan erti kata lain, jika dia kahwin di luar negara, dia kena balik ke Perak untuk mendaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

"Kalau pernikahan itu betul sah berlaku, daftar lah dan adalah denda yang akan dikenakan, terpulang kepada mahkamah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Menurutnya, apabila pernikahan didaftarkan secara sah, pasangan layak untuk mendapatkan sijil kelahiran anak masing-masing.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor mengumumkan pasangan yang memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan mereka di negara ini.

Sementara itu mengenai program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak, Saarani berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sehubungan itu kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) bersama Felcra Wilayah Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri tampil memperkenalkan inisiatif berkenaan dengan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka yang terpilih.

"Jadi kita tak mahu melihat mereka ini keciciran persekolahan hanya semata-mata dia tidak ada cukup wang untuk dia berbelanja.

"Kerana itu, kita tampil dengan idea kerajaan negeri akan membiayai mereka ini yang akan diuruskan oleh penjaga masing-masing," katanya.

Menurutnya, seramai 120 orang pelajar yang akan menerima manfaat menerusi program berkenaan sehingga mereka berusia 21 tahun.