Mesyuarat Menteri-menteri Kehakiman G7 berlangsung awal Julai

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Mesyuarat Menteri-menteri Kehakiman G7 dijadual berlangsung di Tokyo pada awal Julai di luar sidang kemuncak menteri-menteri kehakiman Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), lapor Sputnik memetik Kementerian Kehakiman Jepun pada Selasa.

"Jepun akan menjadi jambatan antara G7 dan negara-negara anggota ASEAN bagi mempromosikan kedaulatan undang-undang dalam komuniti antarabangsa," menurut kementerian itu menerusi ciapan di Twitter.

Jepun akan mempengerusikan sidang kemuncak pelbagai hala G7 pada 2023.

Sidang kemuncak G7 peringkat tertinggi akan diadakan di bandar Hiroshima dari 19-21 Mei.

Sementara itu, mesyuarat Menteri Luar G7 dijadual berlangsung di Karuizawa - sebuah resort terkenal di wilayah Nagano Jepun dari 16-18 April.

Menteri kewangan G7 dan ketua bank pusat akan bertemu di bandar Niigata dari 11-13 Mei.

Menteri-menteri iklim, tenaga dan alam sekitar G7 akan mengadakan mesyuarat di bandar Sapporo dari 15-16 April.

Selain itu, Tokyo mengesahkan mesyuarat menteri kesihatan G7 bakal berlangsung di bandar Nagasaki, manakala menteri buruh di bandar Kurashiki dan menteri pertanian di bandar Miyazaki. Tarikh mesyuarat berkenaan akan diumumkan kemudian.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan Tujuh (G7) merupakan pertubuhan ekonomi terbesar termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama