Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

A
A
A
Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Bandar Manggarai Barat, kepulauan Flores di provinsi Nusa Tenggara Timur melabuh tirainya semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sidang kali ini sangat bermakna, produktif dan berjaya mencapai matlamat selari dengan temanya "ASEAN Matters: Epicentrun of Growth".

Antara kerjasama yang disepakati pemimpin ASEAN termasuk dalam bidang ekonomi, ekosistem kereta elektrik, pelaksanaan urus niaga dalam mata wang tempatan negara masing-masing dan pembayaran digital antara negara.

Kerjasama yang konkrit membuktikan kepada dunia ASEAN masih teguh dan bersatu meskipun sesetengah pihak menganggap blok serantau "agak lemah" dalam menangani cabaran semasa.

Pemimpin-pemimpin ASEAN akan sekali lagi bertemu di Jakarta pada September ini untuk sidang kemuncak ke-43 bagi membahas lebih lanjut perkembangan dan pengukuhan kerjasama bersama negara-negara ASEAN Plus.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Derik telaga minyak pertama di Malaysia

No Image Caption
GALERI

Pertandingan Kemahiran Dunia 2024

No Image Caption
GALERI

Pameran Raja Kita

No Image Caption
GALERI

Sukan Olimpik Habib Jewel