Nahas bas pelancong di Portugal ragut 29 nyawa

Antara mangsa yang terselamat dibantu anggota penyelamat. - Foto AFP
Antara mangsa yang terselamat dibantu anggota penyelamat. - Foto AFP
A
A
A

LISBON - PORTUGAL . Sekurang-sekurangnya 29 orang termasuk warga Jerman terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah bas pelancong di pulau Madeira, semalam.

Dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang (waktu tempatan) berhampiran kawasan kediaman di bandar Canico itu, bas yang dipercayai membawa 55 penumpang tersebut dikatakan terbabas dan berpusing di atas jalan sebelum terbalik beberapa kali lalu merempuh sebuah rumah yang terletak berhampiran cerun.

Anggota bomba mengeluarkan penumpang bas yang terselamat ekoran nahas yang berlaku di Madeira semalam. - Foto AFP
Anggota bomba mengeluarkan penumpang bas yang terselamat ekoran nahas yang berlaku di Madeira semalam. - Foto AFP

Datuk Bandar Santa Cruz Filipe Sousa berkata, 17 wanita dan 11 lelaki maut manakala 21 yang lain dilaporkan cedera.

Sementara itu, Perdana Menteri Portugal Antonio Costa dilaporkan telah menghubungi Cancelor Jerman Angela Merkel bagi menyampaikan ucapan takziah ekoran insiden yang berlaku. - AFP

Artikel Berkaitan: