22 terbunuh, 7 cedera dalam nahas di Botswana

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di bahagian timur laut Botswana pada Jumaat. - Foto Agensi
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di bahagian timur laut Botswana pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A

GABORONE -- Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di bahagian timur laut Botswana pada Jumaat, lapor Xinhua memerik kenyataan polis.

Superintenden Robert Mmese, seorang pegawai kanan di bahagian utara Botswana berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah trak bertembung dengan sebuah bas mini di jalan barat laut Francistown, bandar kedua terbesar di Botswana.

Punca kemalangan sedang disiasat, katanya. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!