Kes letupan: Suami isteri dituduh esok

Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.
Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.
A
A
A

AMPANG - Pasangan suami isteri yang sebelum ini direman bagi siasatan berkaitan kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek yang merupakan pasangan suami isteri sebelum ini diberkas di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah sebelum direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk dituduh," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.

Kedua-dua suspek itu kemudian disambung reman tujuh hari sehingga 17 Januari ini bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, pada 29 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, kedua-dua suspek itu diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Serbuan dijalankan kira-kira jam 7.20 petang di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah.

Artikel Berkaitan:

Polis turut menemui barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.