Mekanik maut dilanggar pacuan empat roda

Gambar kiri Keadaan motosikal mangsa yang terbakar dalam kejadian kemalangan di KM 55 Jalan Lipis-Merapoh pada Sabtu. - Foto:Ihsan PDRM Gambar kanan: Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun itu.
Gambar kiri Keadaan motosikal mangsa yang terbakar dalam kejadian kemalangan di KM 55 Jalan Lipis-Merapoh pada Sabtu. - Foto:Ihsan PDRM Gambar kanan: Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun itu.
A
A
A

LIPIS - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) 5 Jalan Lipis-Merapoh dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis BMW R1200 RT dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Menurutnya, mangsa, Azman Zakaria, 43, meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis ketika menerima rawatan.

"Pihak polis menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 11.40 pagi dan siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan kereta jenis Mitsubishi Triton dari arah Kelantan hendak ke Kuala Lumpur.

"Tayar sebelah belakang kanan dan kiri di bahagian depan kenderaan itu dipercayai telah pecah menyebabkan ia hilang kawalan serta masuk ke jalan bertentangan lalu melanggar motosikal terbabit.

"Pelanggaran berlaku di bahagian hadapan sebelah kiri pacuan empat roda terbabit sehingga menyebabkan ia berpusing manakala motosikal telah terbabas ke kanan jalan menyebabkan penunggang melambung dan jatuh ke bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut manakala pemandu Mitsubishi berusia 49 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Pada jam 1 tengah hari, pihak hospital telah memaklumkan bahawa penunggang motosikal telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," tambahnya..

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memberitahu siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.