Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain darjah 2

- Foto Instagram Rozita Che Wan
- Foto Instagram Rozita Che Wan
A
A
A
PELAKON jelita Rozita Che Wan menyambut ulang tahun perkahwinan kelima dengan suaminya, pelakon Zain Saidin.

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta juga turut berkongsi beberapa keping foto di Instagram (IG) miliknya dan turut diselitkan ucapan menarik bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya itu yang turut mendapat perhatian netizen.

“Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain masa itu baru darjah 2.

“Jadi kalau sesiapa yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pula menangis tepi bucu katil. Mungkin jodoh anda masih di atas,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon berusia 45 tahun itu memberi ucapan bermakna sebagai tanda syukur Zain menjadi suaminya.

“Syukur di atas pemberian Tuhan yang terindah. Terima kasih kerana menemani saya dalam setiap hari-hari yang penuh dengan cinta,” kongsinya.

Pelakon siri komedi Kiah Perkasam itu turut mengusik Zain melalui satu lagi perkongsian foto berserta kapsyen bersaingan yang dimuat naik.

“Orang cakap kalau ingin tahu suami itu bahagia ke tidak, tengok saiz sebelum dan selepas. Kiranya, Zain bahagialah. Dulu saiz XS, sekarang M,” usik Che Ta.

Che Ta dan Zain Saidin berkahwin pada 13 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaisyah Dhia Rania Zain setahun kemudian.
Artikel Berkaitan: