Isu pemecatan: Tian Chua akan hantar surat kepada Anwar

Tian Chua
Tian Chua
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memaklumkan akan menghantar surat rasmi dalam masa terdekat kepada presiden parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan maaf dan rayuan pemecatan keahliannya.

Bekas calon bebas Parlimen Batu itu bagaimanapun, enggan menjelaskan secara terperinci tentang tarikhnya buat masa ini.

“Nanti saya maklumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Media melaporkan Tian Chua berharap kesalahannya melanggar peraturan parti sebelum ini dapat dimaafkan.

Beliau ditamatkan keahlian setelah gagal mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari kepada PKR kerana menentang calon parti tersebut, P Prabakaran di Parlimen Batu atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tian Chua berkata, Anwar boleh memutuskan sama ada akan memaafkannya atau tidak berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, segala keputusan kini berada di tangan Ahli Parlimen Tambun itu.

Artikel Berkaitan: