Piala FA: JDT tewas di Larkin

Pemain PKNS FC mengasak Safawi Rasid dalam aksi Piala FA 2019 di Larkin, sebentar tadi.
Pemain PKNS FC mengasak Safawi Rasid dalam aksi Piala FA 2019 di Larkin, sebentar tadi.
A
A
A

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) gagal mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2019 selepas tewas 0-1 kepada PKNS FC dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.

Jaringan pemain import PKNS FC, Kpah Sherman menunjukkan pintu keluar buat JDT daripada saingan piala tersebut.

JDT yang terpaksa bermain dengan 10 pemain sejurus Kiko Insa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, berdepan kesukaran untuk mencari jaringan di hadapan penyokong sendiri.

Manakala PKNS FC dikendalikan oleh Datuk K Rajagobal tidak melepaskan peluang dan menggunakan kelebihan dengan mengasak pasukan tuan rumah yang kelihatan ‘tempang’ selepas kehilangan Kiko.

Asakan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh jaringan menerusi tandukan Kpah Sherman pada minit ke-48 selepas menerima hantaran rakan sepasukan.

Meskipun membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Safawi Rasid dan Diogo Santo dalam memperkuatkan jentera serangan bagi mencari gol penyamaan, keputusan 1-0 tidak berubah sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Artikel Berkaitan: