'Bagi saya ruang berfikir untuk tadbir Sabah' - Hajiji

Hajiji ketika hadir menyempurnakan majlis Konvokesyen Kedua Universiti College Sabah Foundation (UCSF) di SICC Kota Kinabalu.
Hajiji ketika hadir menyempurnakan majlis Konvokesyen Kedua Universiti College Sabah Foundation (UCSF) di SICC Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta semua pihak memberikannya ruang untuk mentadbir negeri dengan baik.

Beliau berkata, penting untuk melihat pelbagai aspek dan tindakan yang sepatutnya diambil dengan kepentingan negeri dan rakyat perlu diutamakan.

"Bagi saya ruang untuk berfikir bagaimana kita mentadbir negeri ini dengan baik dan sebagainya.

"Jangan bimbang kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya, yang penting ialah kepentingan negeri dan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Kedua Universiti College Sabah Foundation (UCSF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak yang tidak mengiktiraf kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang terlibat dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turut memaklumkan, beliau sering berkomunikasi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan pelbagai isu berkaitan rakyat dan Sabah.

"Sudah tentu saya beritahu beliau (mengenai rombakan kabinet), bagi saya ini adalah perlu, bukan sahaja kita memaklumkan pucuk pimpinan Perdana Menteri tetapi apa yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan negeri Sabah," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada GRS bersedia untuk menerima lima ADUN UMNO - Barisan Nasional (BN) yang mungkin digugurkan keahlian mereka dalam parti, Hajiji berkata, masih terlalu awal untuk mengulas mengenainya.

Artikel Berkaitan:

"Terlalu awal untuk saya buat komen kerana itu adalah hal ehwal UMNO dan BN, jadi saya tidak boleh bercakap mengenai perkara seumpama itu.

"Kita tunggulah bagaimana," katanya.

Sebelum itu, UMNO pada Jumaat sebulat suara meluluskan pindaan perlembagaan parti bahawa ahli Parlimen dan ADUN yang menyertai pakatan lain yang UMNO tiada dalamnya akan tergugur keahliannya secara automatik.