NSRC bantu mangsa penipuan siber

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bertujuan membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, orang ramai boleh menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam.

"Tindakan segera akan dijalankan dengan membekukan akaun serta menyekat pengeluaran wang seterusnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noorsiah berkata, mangsa penipuan juga perlu membuat laporan polis dan laporan ke pihak bank berkaitan untuk tindakan siasatan lanjut.

"NSRC merupakan inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan menangani kes-kes jenayah siber dengan lebih berkesan dan bersepadu.

"Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam menyalurkan maklumat mengenai perbankan peribadi apabila diminta oleh mana-mana pihak," katanya.

Artikel Berkaitan: