Peluang keemasan untuk usahawan rebut hadiah RM60,000

A
A
A

No Image Caption



KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan lebih ramai usahawan yang menjual produk fesyen seperti pakaian dan aksesori bergaya untuk melangkah ke platform eDagang, Lazada Malaysia mengambil inisiatif melancarkan Pertandingan Gayamu, Caramu – Jual di Lazada, bermula awal bulan lepas sehingga 28 Februari 2023.

Peluang ini diwujudkan bagi memberikan ruang dan memperkasakan para usahawan iaitu individu warga Malaysia, mahupun Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan yang berniaga produk pakaian, hijab atau tudung, kasut dan aksesori trend terkini untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak supaya berani melangkah ke platform eDagang untuk memulakan kedai dalam talian mereka di Lazada, lantas menjangkau jutaan pelanggan di Malaysia serta rantau Asia.

Yang menariknya, hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000 (RM20,000 setiap seorang) menanti tiga pemenang Hadiah Utama yang berjaya memenuhi kriteria pencapaian memberangsangkan yang telah ditetapkan.

No Image Caption

Setiap usahawan yang menyertai pertandingan tersebut juga layak menerima kredit Lazada Sponsored Solution (LSS) bernilai RM1,000, subsidi selama sebulan untuk Program Penghantaran Percuma Maksima (Free Shipping Max), kredit iklan bernilai RM150, serta pendedahan dan anjakan trafik eksklusif bagi penjual baharu.

Malahan, usahawan yang berniaga di platform Lazada boleh mendapat akses percuma selama sebulan untuk menggunakan perkakasan Customer Engagement Management (CEM), di samping bantuan memuatnaik produk baharu dan juga akses kepada sumber dan bimbingan daripada pihak Lazada University khas untuk para penjual baharu

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Di samping itu, di bawah program Seller Affiliate Lazada, penjual juga boleh meraih pendapatan tambahan dengan setiap produk yang berjaya dijual menerusi pautan unik produk kedai dalam talian mereka yang dipromosikan di media sosial masing-masing.

Sekiranya anda, ataupun ahli keluarga serta sahabat berminat untuk mengambil bahagian, layari laman web Pertandingan Gayamu Caramu – Jual di Lazada: https://lazuni.co/gayamucaramu_SinarHarian, atau belek e-brochure dan video. Jadi tunggu apa lagi, jom mula berniaga di Lazada dengan menjual pakaian dan aksesori bergaya dan rebut peluang untuk menjadi salah seorang Pemenang Hadiah Utama!