Anak syarikat AirAsia tamatkan usaha sama di Vietnam

A
A

KUALA LUMPUR - AirAsia Investment Ltd, unit milik penuh AirAsia dan Gumin Company Ltd dan Hai Au Aviation Joint Stock Company mencapai persetujuan secara bersama untuk menamatkan perjanjian untuk membentuk syarikat usaha sama di Vietnam, berkuat kuasa hari ini.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata AirAsia Investment, Gumin dan Hai Au Aviation turut mencapai persefahaman menamatkan dan saling melepaskan obligasi di bawah perjanjian transaksi itu berhubung cadangan usaha sama di Vietnam.

“Bagaimanapun, syarikat itu kekal berminat menjalankan operasi penerbangan tambang murah di Vietnam berikutan lokasi geografi yang menjadi pilihan, mengembangkan pasaran penerbangan serta potensi pertumbuhan secara keseluruhan,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia