Tahun Baharu Cina: Sunway Putra Mall sedia aktiviti menarik

Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar di dekorasi Spring Forest yang menarik di Sunway Putra Mall.
Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar di dekorasi Spring Forest yang menarik di Sunway Putra Mall.
A
A
A

SUNWAY Putra Mall menyediakan pelbagai aktiviti menarik, persembahan dan hiasan yang bertemakan 'Blooming Happiness' bermula 5 Januari hingga 6 Februari di ruang legar utama, tingkat bawah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sunway Putra Mall dalam satu kenyataan berkata, antara yang menjadi tarikan utama pengunjung ialah perhiasan yang bertemakan 'Spring Forest' yang memaparkan pohon besar dan bunga-bungaan dalam bentuk arnab serta susunan tanglung yang melambangkan sambutan perayaan itu.

“Ia menjadi lokasi menarik untuk Instagram dan membolehkan pengunjung berpeluang mengambil foto.

“Pada hujung minggu akan padat dengan aktiviti dan persembahan yang akan berlangsung bermula 7 Januari hingga 6 Februari antaranya 24 persembahan gendang, tarian naga, ramah mesra maskot arnab, tarian kipas cina, Silk Dance, tarian tanglung, Chinese Diabolo dan kolam hajat AR,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pengunjung boleh mendapatkan keperluan Tahun Baharu Cina di Festive Bazaar di ruang legar utama sepanjang musim cuti dengan pelbagai produk tersedia termasuk pakaian, aksesori, biskut dan hamper.

“Terdapat hidangan Tahun Baharu Cina yang enak ditawarkan di bahagian makanan dan minuman seperti Go Noodle, Dolly Dim Sum dan Simple Life. Pelbagai tawaran hebat seperti fesyen, perhiasan rumah, gaya hidup dan teknologi di Sunway Putra Mall.

“Pengunjung juga boleh menyertai pertandingan melukis tanglung untuk menunjukkan kreativiti mereka menerusi Lantern Painting Competition yang menawarkan hadiah sehingga RM2,100 dan sejumlah 100 tanglung akan dipamerkan di kawasan ruang legar,” kata kenyataan itu.

Pengunjung juga boleh mencuba permainan maya, Fortuning Hopping dan sekiranya berjaya mendapat 10 markah tertinggi, pemain berpeluang memenangi hadiah baucar tunai RM50.

Artikel Berkaitan:

Permainan yang bertemakan zodiak arnab itu memerlukan pemain mendapatkan syiling dan penyu emas serta pengunjung perlu datang ke Sunway Putra Mall untuk mengimbas kod QR yang disediakan di kolam Fortune dan Blessing.

Aktiviti lain yang diadakan ialah Chinese New Year Fortune Rabbit Mascot Walkabout bermula pada Sabtu lepas hingga 4 Februari, tarian naga pada 15 Januari, Double Lion Blessing Performance pada 22 Januari dan Chinese New Year Lantern Dance Show pada 23 Januari.

Selain itu, Chinese New Year Lantern Dance Show pada 23 Januari, Chinese New Year Silk Dance pada 24 Januari dan Chinese Mask Changing Performance pada 29 Januari dan Chinese Traditional Fan Dance pada 4 Februari.

Sunway Putra Mall juga telah memilih ganjaran penebusan untuk setiap pengunjung yang membeli-belah dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Proton X70 dan pemenang akan diumumkan pada 7 Februari.

Pengunjung yang membelanjakan RM250/RM200 dalam dua resit boleh menebus set angpau Fortune Bloom, Face Roller Set untuk mereka yang membelanjakan RM350/RM300 dalam dua resit manakala pengunjung yang menghabiskan RM800/RM750 dalam dua resit boleh menebus cerek enamel, tertakluk kepada terma dan syarat.