Cap Kaki Tiga bantu golongan memerlukan

Chris Lim (depan, empat dari kanan) dan semua kakitangan Wen Ken bersama-sama menyerahkan sumbangan kepada R. Umah Kumar (lima dari kanan) sempena lawatan ke rumah tersebut, baru-baru ini.
Chris Lim (depan, empat dari kanan) dan semua kakitangan Wen Ken bersama-sama menyerahkan sumbangan kepada R. Umah Kumar (lima dari kanan) sempena lawatan ke rumah tersebut, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Wen Ken Group (Wen Ken) menerusi salah satu produknya, jenama Cap Kaki Tiga meneruskan usahanya untuk membantu golongan yang memerlukan sempena Tahun Baharu Cina.

Pengurus Pemasaran Cap Kaki Tiga, Jason Hong berkata, sebagai syarikat yang mempunyai tanggungjawab sosial, Cap Kaki Tiga bertekad untuk meneruskan usaha memupuk semangat muhibah dan membawa kegembiraan kepada masyarakat.

Menurutnya, pengurusan dan kakitangan Wen Ken Group telah mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya, baru-baru ini untuk memberikan kegembiraan kepada mereka meraikan Tahun Baharu Cina.

“Dalam aktiviti amal ini, Cap Kaki Tiga menyumbang wang tunai, lampin, susu tepung, hadiah Tahun Baharu Cina, air penyejuk badan Cap kaki Tiga dan barangan Cap Kaki Tiga kepada pusat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadir menyampaikan bantuan ialah Pengarah Perniagaan Wen Ken, Chris Lim dan semua kakitangan Wen Ken (Cap Kaki Tiga) bersama-sama menyerahkan sumbangan itu kepada pemegang amanah rumah anak yatim itu, R Umah Kumar.

Setakat ini, pusat itu mempunyai seramai 103 penghuni terdiri daripada semua kaum, berumur antara sembilan bulan sehingga 56 tahun dan datang dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Seramai 90 kanak-kanak merupakan orang kurang upaya dan selebihnya adalah kanak-kanak biasa yang berasal dari latar belakang keluarga yang susah.

Artikel Berkaitan: