Jenama Cap Kaki Tiga bantu tangani masalah ketidakseimbangan makanan

Kakitangan jenama Cap Kaki Tiga membantu mengagihkan makanan.
Kakitangan jenama Cap Kaki Tiga membantu mengagihkan makanan.
A
A
A

JENAMA terkemuka Cap Kaki Tiga melakukan inisiatif menyediakan makanan percuma kepada gelandangan dan golongan kurang berkemampuan dalam usaha menangani masalah ketidakseimbangan makanan serta membantu mereka yang memerlukan.

Pengarah Perniagaan Kumpulan Jenama Cap Kaki Tiga, Chris Lim berkata, ia adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dalam memberi impak positif kepada individu yang berdepan dengan masalah kebuluran dan kemiskinan.

Menurutnya, bagi menjayakan misi itu, syarikat tersebut bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) untuk menyediakan makanan percuma.

“Syarikat telah menyediakan 250 pek makanan dan kita turut menyumbangkan Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga Cooltopia berperisa buah.

“Kesyukuran, empati, kebolehpercayaan dan memupuk semangat muhibah kepada masyarakat sentiasa menjadi nilai dan budaya korporat jenama Cap Kaki Tiga keluaran Kumpulan Wen Ken.

“Kami berharap dapat memberikan lebih banyak sumbangan kepada kebajikan sosial dan menyebarkan kasih sayang serta perhatian kepada mereka yang memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebahagian daripada kakitangan jenama Cap Kaki Tiga yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.
Sebahagian daripada kakitangan jenama Cap Kaki Tiga yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Cap Kaki Tiga, Jason Hong berkata, pihaknya percaya bahawa setiap orang berhak mendapat akses kepada makanan yang berkhasiat tanpa mengira keadaan mereka.

Jelasnya, inisiatif yang dilakukan syarikat itu adalah salah satu cara untuk memberi balik kepada masyarakat dan memberi impak yang positif kepada mereka yang berdepan dengan cabaran hidup.

“Melalui aktiviti CSR ini, syarikat berusaha untuk memberi impak yang positif kepada kakitangan, serta masyarakat tempatan. Kami berharap bahawa lebih banyak syarikat akan menyokong Pertiwi dalam inisiatif yang baik ini,” jelasnya.