[VIDEO] Istiadat angkat sumpah kabinet baharu Sabah?

Beberapa kenderaan dilihat masuk ke pintu gerbang Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.
Beberapa kenderaan dilihat masuk ke pintu gerbang Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu istiadat mengangkat sumpah jemaah kabinet baharu Sabah dijangka akan diadakan di Istana Seri Kinabalu pada pagi Rabu.

Tinjauan Sinar Harian di pintu utama istana mendapati anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula membuat kawalan keselamatan seawal jam 6.30 pagi.

Turut kelihatan beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mula memasuki perkarangan istana seawal jam 8.30 pagi.

Sebelum itu, pada malam Selasa tular satu surat berhubung upacara berkenaan yang dikatakan akan berlangsung pada jam 10 pagi Rabu di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu.

Kawalan pasukan PDRM dilakukan di pintu masuk Istana Seri Kinabalu pada Rabu.
Kawalan pasukan PDRM dilakukan di pintu masuk Istana Seri Kinabalu pada Rabu.

Dipercayai istiadat mengangkat sumpah itu dilaksanakan selepas pertemuan beberapa ketua parti politik termasuk Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Isnin.

Anwar mencadangkan agar pemimpin tempatan menubuhkan kerajaan Perpaduan Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Hajiji sebelum ini mendakwa mendapat 44 sokongan Akuan Bersumpah (SD) daripada ADUN Sabah.

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!