Kumpulan lelaki ceroboh Menara Merdeka 118 sudah ditahan, didakwa

Sekumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 seperti tersebar dalam satu video di sosial media baru-baru ini.
Sekumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 seperti tersebar dalam satu video di sosial media baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB) memaklumkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 seperti tersebar dalam satu video di sosial media baru-baru ini sudah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan didakwa.

Menurut anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, insiden tersebut berlaku pada 1 Mei tahun lalu dan kesemua penceroboh telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.

“Kami ingin menekankan bahawa aksi ini menyalahi undang-undang dan berbahaya, sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan juga pekerja-pekerja di tapak pembangunan.

“Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram,” menurut PMVSB dalam satu kenyataan pada Selasa.