Persiapan PAU 2022 capai 99 peratus

Para petugas sedang melakukan persiapan terakhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2022 - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Para petugas sedang melakukan persiapan terakhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2022 - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persiapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 telah mencapai sehingga 99 peratus setakat jam 3 petang Selasa, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelas beliau, kebanyakan bahagian telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu ketibaan 5,523 perwakilan yang dijangka hadir.

“99 peratus telah sedia. Kita sekarang ini hanya tunggu ketibaan perwakilan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditanya berkaitan persediaan di sini pada Selasa.

PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari 2023.

Tempat persidangan sepanjang PAU 2022 dilaksanakan. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tempat persidangan sepanjang PAU 2022 dilaksanakan. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, melalui tinjauan Sinar Harian, masih terdapat tugas-tugas ringkas yang masih dilakukan bagi memastikan PAU berlangsung dalam keadaan kemas.

Antaranya pemasangan sarung kerusi, pendawaian, pemasangan lampu dan sebagainya.

Selain itu, perhimpunan tersebut akan dimeriahkan dengan penyertaan 95 gerai di tingkat dua Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Kesemua gerai tersebut akan beroperasi dari pagi hingga malam sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!