Jambatan angkat Terengganu beroperasi sebelum Aidilfitri

Jambatan angkat dijangka akan mula beroperasi pada awal Jun ini. Gambar kecil: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Jambatan angkat dijangka akan mula beroperasi pada awal Jun ini. Gambar kecil: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Jambatan angkat atau 'drawbridge' akan mula beroperasi sebelum Aidilfitri ini, sekali gus dapat mengurangkan masalah kesesakan bandar raya Kuala Terengganu setiap kali musim perayaan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan itu dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi, sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang menguruskan pembinaan jambatan angkat dan menara jambatan itu akan membuat penyerahan pada 30 Mei nanti.

"Kita optimis dan berharap sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah lampu isyarat dan jalan raya di kawasan sebelum naik jambatan dan di seberangnya dapat disiapkan, ia boleh digunakan sebelum hari raya iaitu pada awal Jun.