Jualan bekas makanan tidak selaris sebelum Aidilfitri

Amar menunjukkan bekas makanan boleh dikitar semula dijual pada harga bermula RM12.50 sehingga RM22.90.
Amar menunjukkan bekas makanan boleh dikitar semula dijual pada harga bermula RM12.50 sehingga RM22.90.
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan bekas makanan yang boleh dikitar semula atau bahan biodegradasi (boleh urai) kini tidak selaris berbanding penjualannya sebelum Aidilfitri.

Bekas makanan jenis itu seperti kertas, kotak dan kertas minyak juga didapati mudah untuk diperoleh di kedai-kedai runcit atau pasaraya sekitar bandaraya ini.

Menurut pembantu kedai hanya ingin dikenali sebagai Amar, 30, bekas makanan boleh dikitar semula dijual pada harga bermula RM12.50 sehingga RM22.90.

"Harga tidak naik, namun ia dijual pada harga berbeza berdasarkan ketebalan bekas makanan itu dan harga ini bagi setiap 50 keping. Kalau tebal harganya mahal sedikit.

"Kami buka kedai bermula pada hari raya ketiga dan jualannya agak kurang kerana kebanyakan mereka sudah mendapatkan stok sebelum hari raya," katanya ketika ditemui di Seksyen 7 pada Rabu.

Tinjauan di beberapa pusat jualan plastik, kedai runcit malah pasaraya di sini turut mendapati penjualan bekas makanan jenis itu agak merosot kerana beberapa faktor.

Bekas makanan boleh dikitar semula dijual pada harga bermula RM12.50 sehingga RM22.90.
Bekas makanan boleh dikitar semula dijual pada harga bermula RM12.50 sehingga RM22.90.

Seorang penjual barangan plastik, Winnie Wong, 40, berkata, bekas makanan itu menjadi rebutan sebelum Aidilfitri namun jualan kurang dalam tempoh dua hari ini.

"Kalau seminggu sebelum Aidilfitri, memang tak sempat nak letak di atas rak sampaikan kami terpaksa berulang kali membuat tempahan daripada pembekal.

"Tapi sekarang, pembeliannya perlahan. Mungkin orang ramai masih menyimpan stok dan kedai makan juga masih banyak ditutup kerana cuti raya," katanya.

Seorang lagi peniaga barangan plastik di Bukit Kemuning, Stella Wong, 46, turut mengakui penjualan bekas makanan dan barangan lain selepas Aidilfitri agak lembab.

Menurutnya, bekas dan pembungkus makanan menjadi antara barangan paling laris sebelum Aidilfitri sehingga ada peniaga menjualnya pada harga agak mahal dari biasa.

"Namun jualan ketika ini tidak begitu baik kerana mereka sudah menyimpan stok yang banyak dan menyimpannya untuk majlis rumah terbuka nanti," katanya.