Resort di Pulau Perhentian didenda RM25,000

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

BESUT - Sebuah resort yang beroperasi di Pulau Perhentian didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Mahkamah menetapkan hukuman itu setelah wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan d hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat berkenaan didapati menjalankan aktiviti kemudahan pelancongan iaitu aktiviti 12 (b), Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mengemukakan laporan EIA kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Mohd Norli Abdullah.

Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, setiap aktiviti yang dijalankan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu.

"Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan, sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS sebelum kerja-kerja pembangunan dimulakan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: