Tak sempat hantar 2.15kg ganja

Antara barangan dirampas daripada suspek.
Antara barangan dirampas daripada suspek.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Tidak sampai sebulan dan baru dua kali mengambil upah menghantar dadah kepada pelanggan, seorang lelaki dicekup polis di tepi jalan di sini pada Sabtu.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pemuda berusia 22 tahun itu diberkas pada jam 9.40 malam.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek berjaya merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 2.15 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5,000.

"Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,100 dan motosikal Yamaha LC," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, suspek sebelum ini pernah menghantar ganja seberat 1kg dan mendapat upah RM200 untuk kerja itu.

"Kali kedua suspek diberi tugasan untuk menghantar 2.15kg dadah tetapi berjaya ditahan.
Artikel Berkaitan:


"Suspek direman tujuh hari sehingga 15 Januari depan dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.