Dua beranak maut, lori bertembung kereta

Keadaan lori dan sebuah kereta yang terbabit dalam nahas hingga mengorbankan dua nyawa dekat Bagan Serai pada Ahad.- Foto: Bomba Perak.
Keadaan lori dan sebuah kereta yang terbabit dalam nahas hingga mengorbankan dua nyawa dekat Bagan Serai pada Ahad.- Foto: Bomba Perak.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang lelaki bersama ibunya maut apabila lori dinaiki dipercayai membawa barang niaga terbabit dalam nahas dua kenderaan di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba Simpang 4, Semanggol di sini pada Ahad.

Laporan awal menyebut, kejadian sekitar jam 7.30 malam itu mengakibatkan Shahren Ismail, 37, dan Zainab Alias, 64, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lori Daihatsu tertera satay warisan dipandu Shahren bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota dipandu seorang lelaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pelanggaran mengakibatkan mangsa dan ibunya tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat sehingga kedua-duanya berjaya dikeluarkan.

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit.- Foto: Bomba Perak
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit.- Foto: Bomba Perak

"Dua mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sementara pemandu kereta mengalami cedera ringan," katanya.

Mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.13 malam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.