PAU 2022: Tiada jemputan parti dalam kerajaan, duta asing

Ahmad Maslan (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar selepas sesi program penerangan isu-isu semasa terkini negara di Majlis Bandaraya Kuantan di sini pada Ahad.
Ahmad Maslan (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar selepas sesi program penerangan isu-isu semasa terkini negara di Majlis Bandaraya Kuantan di sini pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Tiada sebarang jemputan kepada parti dalam kerajaan mahu pun duta asing untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan berlangsung minggu depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan sebaliknya ia hanya melibatkan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

"Setakat ini, itulah keputusannya (tidak menjemput parti lain dan duta asing). Parti komponen BN sahaja dijemput selain perwakilan sedia ada.Kita mahu selesaikan perkara berkait UMNO dan BN sahaja.

"Ini bukan bermakna kita tidak kawan, sebaliknya kita mahu menumpukan kepada isu dalaman parti, bermuhasabah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas sesi program penerangan isu-isu semasa terkini negara di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan 1,309 pimpinan UMNO di setiap bahagian seluruh negeri ini.

PAU dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada 11 hingga 14 Januari ini.

Ahmad memberitahu, perhimpunan bertujuan memberi penjelasan mengenasi situasi semasa dan pembentukan kerajaan perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Beliau harap penerangan yang diberikan dapat difahami oleh seluruh kepimpinan yang hadir.

"Selain itu, program seumpama ini juga akan diadakan di enam negeri lain yang akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa akan datang.

"Kita harap selepas PAU ini, seluruh jentera telah bersedia dan akan memberi tumpuan untuk menghadapi PRN pula,” ujar beliau.

Ditanya mengenai kerjasama BN dan PH bagi menghadapi PRN, Ahmad yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan perkara itu masih belum diputuskan.

"Kita telah bekerjasama bentuk kerajaan. Kerjasama parti bagi menghadapi PRN belum diputuskan bagaimana rupa bentuknya.

"Setakat ini, parti masing-masing akan mesyuarat sendiri. Kami akan akan tumpu PRN selepas PAU," ujarnya.