Tisa, UTM terbit semula buku perundangan jawi

Nik Zaharah (dua, kiri) bertukar dokumen dengan Yosman (dua, kanan) sambil disaksikan Selamat (depan, kiri) dan Ikbal (depan, kanan).
Nik Zaharah (dua, kiri) bertukar dokumen dengan Yosman (dua, kanan) sambil disaksikan Selamat (depan, kiri) dan Ikbal (depan, kanan).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Syarikat guaman Tetuan Ikbal Salam dan Associates (Tisa) menyumbang sebanyak RM37,100 kepada Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menerbitkan versi jawi buku Peranan Usul Fiqh dalam Perkembangan Syariah Islam.

Pemilik Tisa, Ikbal Salam berkata, sumbangan merupakan sebahagian daripada kerjasama kedua-dua pihak bagi merealisasikan projek tersebut yang memakan kos keseluruhan bernilai RM64,000.

Katanya, pihaknya bersetuju bekerjasama dengan Penerbit UTM bagi menerbitkan versi jawi buku berkenaan kerana ia adalah suatu khazanah yang bernilai kepada umat Islam.

"Melalui buku tersebut kita dapat mengetahui sumber perundangan Islam dan cara bagaimana sesuatu hukum dapat dikeluarkan menurut Hukum Syara khususnya berkaitan peranan ilmu Usul Fiqh.

"Karya tersebut juga merupakan suatu penulisan yang boleh membuka minda pembaca bagaimana tulisan al-Quran yang telah wujud sejak lebih seribu tahun lalu masih lagi kekal relevan dan boleh terus diaplikasikan dalam mendepani permasalahan umat pada masa kini," katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Tisa dengan Penerbit UTM, semalam.

MoU ditandatangani wakil Tisa, Nik Zaharah Nik Ahmad Shukri dan Pegawai Penerbitan Kanan Penerbit UTM, Yosman Mohd Bain. Hadir sama, penulis buku tersebut, Selamat Hashim.

Menurutnya, sebagai umat Islam beliau terpanggil untuk membantu Selamat menerbitkan buku tersebut dalam versi jawi, sekali gus menyebarluaskan tulisan berkenaan yang kian lupus daripada jati diri orang Melayu.

"Kami percaya tanpa usaha untuk menghidupkan tulisan jawi, lama-kelamaan tulisan ini akan dilupakan oleh orang Melayu dan tidak boleh lagi dibaca atau ditulis oleh anak-anak kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, saya berpandangan inisiatif memartabatkan ilmu berkaitan perundangan Islam dan tulisan jawi perlu diberikan sokongan," katanya.

Sementara itu, Selamat yang juga bekas pensyarah UTM berkata, beliau telah mengumpulkan maklumat selama 13 tahun untuk menerbitkan buku berkenaan.

"Pertama kali ini buku ini diterbitkan dalam bahasa Melayu pada 2015. "Kemudian ia diulang cetak lagi pada 2017," katanya.