Polis kesan kanak-kanak khianat sembur cat kereta

No Image Caption
A
A
A
BALIK PULAU - Polis sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menyembur cat pada beberapa kereta yang diparkir di kawasan Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang menjadi mangsa vandalisme, apabila kenderaan mereka disembur dengan cat yang memaparkan perkataan-perkataan tidak senonoh.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata, perbuatan itu disyaki dilakukan oleh seorang kanak-kanak antara jam 2 hingga 2.30 petang dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Wan Muhammad Syamim Wan Azmi dengan menelefon 04-8662222. - Bernama

Artikel Berkaitan: