Potter yakin tidak akan dipecat

Potter - Foto EPA
Potter - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Graham Potter yakin tidak akan dipecat kerana mendapat sokongan penuh pemilik dan pemain Chelsea walaupun kelab kendaliannya itu berada dalam prestasi terumbang-ambing.

The Blues hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan yang terbaharu tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Manchester City pada Jumaat.

"Pemiliknya adalah bilionair jadi mereka agak bijak. Lebih bijak daripada saya, itu sudah pasti. Jadi, mereka memahami cabaran yang kita ada dan hala tuju yang kita mahu lalui.

"Saya rasa Pep (Guardiola) berada (di Manchester City) setahun sebelum mereka memenangi apa-apa, dan kemudian jelas Mikel (Arteta) dan Jurgen (Klopp) mengambil sedikit masa.

"Saya juga tahu bahawa kualiti dimiliki dan mendapat sokongan penuh pastinya pemilik, pemain dan kakitangan di sini," katanya.

Dalam masa sama, Potter juga resah berikutan kecederaan yang dialami beberapa pemainnya termasuk Raheem Sterling dan Christian Pulisic pada aksi menentang City Jumaat lalu.

"Saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu," katanya.

Situasi Sterling dan Pulisic itu menambah jumlah senarai kecederaan pemain Chelsea termasuk N'Golo Kante, Reece James, Wesley Fofana, Mason Mount, Ben Chilwell, Armando Broja, Ruben Loftus-Cheek dan Edouard Mendy.

Artikel Berkaitan:

Potter berkata, adalah tidak adil untuk menilai prestasinya ketika pasukan mengalami krisis kecederaan.

"Kami telah mengalami peralihan yang besar dan masalah dari segi kecederaan tidak menjadikannya ia mudah untuk stabil," katanya.