Cynthia Gabriel letak jawatan Pengarah Eksekutif C4

Cynthia Gabriel
Cynthia Gabriel
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) memaklumkan bahawa Cynthia Gabriel telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif selepas berkhidmat selama tujuh tahun dalam pertubuhan tersebut.

C4 dalam kenyataan berkata, Cynthia bagaimanapun kekal sebagai Pengarah Pengasas dan terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah.

Beliau juga akan berkhidmat sebagai Penasihat Kanan dan membantu C4 dalam menetapkan hala tuju serta dasar-dasar berkaitan.

Menurut kenyataan C4, bekas Eksekutif Korporat, Pushpan Murugiah akan mengambil alih peranan selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Bekas Pengurus Program Pusat C4, Sudhagaran Stanley pula akan memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi pertubuhan tersebut.

“Kami percaya kepimpinan baharu akan mempertahankan kredibiliti dan reputasi yang telah dibina oleh C4 Centre sejak tujuh tahun lalu dan akan berusaha untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah di Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

“Kami berterima kasih kepada Cynthia Gabriel atas sumbangannya yang luar biasa untuk memerangi rasuah dan mengucapkan selamat maju jaya usaha baharunya.

“Kami juga berharap semua rakan kongsi masyarakat sivil akan terus bekerjasama dan menyokong C4 Centre di bawah kepimpinan baharu ini. Menuju 2023 yang produktif,” kata C4 dalam kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: