Agong solat Jumaat, santuni 60 asnaf di Cameron Highlands

Al-Sultan Abdullah mengurniakan sumbangan kepada 60 asnaf dari Cameron Highlands di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata pada Jumaat.
Al-Sultan Abdullah mengurniakan sumbangan kepada 60 asnaf dari Cameron Highlands di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata pada Jumaat.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 60 asnaf di Cameron Highlands.

Majlis pengurniaan diadakan di pekarangan Masjid Abu Bakar, Tanah Rata di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah kira-kira jam 1.25 petang dengan memandu sendiri kenderaan rasmi itu turut disambut Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam serta Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf terlibat.

Al-Sultan Abdullah menyantuni 60 asnaf dari Cameron Highlands di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata pada Jumaat.
Al-Sultan Abdullah menyantuni 60 asnaf dari Cameron Highlands di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata pada Jumaat.

Sebelum majlis, Seri Paduka Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut bersama lebih 800 jemaah dan meluangkan masa bertanya khabar serta beramah mesra dengan jemaah.

Khutbah khas Jumaat bertajuk Integriti Dalam Pekerjaan disampaikan Kadi Cameron Highlands, Mohd Khalil Mohd Zari Al Hafiz yang turut mengimamkan solat Jumaat.

Mohd Khalil dalam khutbahnya mengajak jemaah bersama-sama mempertingkatkan integriti iaitu bersifat jujur, telus dan amanah demi membina tingkah laku dan sahsiah manusia untuk menjadi mulia dan mencapai keredaan ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan: