[VIDEO] Hajiji adakan pertemuan bersama ADUN GRS, PH Sabah

Hajiji bersama sebahagian besar ADUN GRS dan juga ADUN PH Sabah bergambar dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu.
Hajiji bersama sebahagian besar ADUN GRS dan juga ADUN PH Sabah bergambar dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Usaha menggulingkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi 'langkah Sutera' dipercayai gagal apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat mengadakan pertemuan dengan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS dan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah pada malam Khamis.

Ia dikuatkan lagi dengan penundaan sidang akhbar yang sepatutnya diadakan oleh Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa mempunyai sokongan majoriti daripada ADUN Sabah untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau bagaimanapun didakwa gagal mendapat sokongan yang cukup daripada sebahagian ADUN di negeri ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Hajiji, beliau berkongsi beberapa gambar pertemuan dengan rakan dalam kerajaan negeri yang turut dihadiri oleh ADUN PH Sabah.

Dalam hantarannya itu juga beliau berharap tahun 2023 dapat memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih baik lagi.

"Berkesempatan meluangkan masa bersama sebahagian besar rakan-rakan dalam kerajaan negeri sambil membincangkan usaha serta perancangan membawa negeri Sabah ke tahap yang lebih baik pada 2023 ini.

"Insya-ALLAH semuanya akan tercapai dengan kerjasama, kestabilan, perpaduan dan kesepakatan kita semua," tulisnya pada malam Khamis.

Tujuh ADUN PH Sabah yang dilihat hadir dalam pertemuan itu ialah Datuk Christina Lew (Api-Api), Jannie Lasimbang (Kepayan)

Artikel Berkaitan:

Datuk Fung Ming Poon (Tanjong Papat), Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).

Sebelum itu, desas desus gerakan untuk menjatuhkan Hajiji sebagai Ketua Menteri bertambah kuat apabila Warisan membuat jemputan media untuk mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di sini pada petang Khamis.

Bagaimanapun, selepas kira-kira tiga jam pengamal media berkumpul, sidang akhbar berkenaan ditunda dan Mohd Shafie dikatakan akan mengadakan sidang akhbar itu dalam masa terdekat ini.