ADUN Warisan berkumpul, sidang akhbar Shafie Apdal ditunda

Antara pengamal media yang mula berkumpul di hotel berkenaan seawal jam 4.30 petang selepas menerima jemputan daripada Warisan.
Antara pengamal media yang mula berkumpul di hotel berkenaan seawal jam 4.30 petang selepas menerima jemputan daripada Warisan.
A
A
A
KOTA KINABALU - Sidang akhbar Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sepatutnya diadakan pada petang Khamis di sebuah hotel terkemuka di sini ditunda.

Difahamkan, sidang akhbar itu akan diadakan nanti dalam masa terdekat.

Pengamal media telah mula berkumpul di hotel berkenaan seawal jam 4.30 petang selepas menerima jemputan daripada Warisan.

Sebelum itu turut kelihatan hadir di hotel berkenan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan iaitu Datuk Darell Leiking (Moyog), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), Azhar Matusin (Darau) dan Junz Wong (Tanjung Aru).

Selain itu ialah Datuk Awang Ahmad Sah (Petagas), Dr Daud Yusof (Bongawan), Sarifuddin Hata (Merotai), Hiew Vun Zin (Karamunting), Assaffal P Alian (Tungku), Norazlinah Arif (Kunak) dan Jamil Hamzah (Bugaya).
Artikel Berkaitan:


Sebelum itu, timbul spekulasi bahawa terdapat beberapa pihak tertentu cuba mengumpul akuan bersumpah (SD) untuk menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut timbul khabar angin bahawa Warisan dan Barisan Nasional (BN) bakal menubuhkan kerajaan baharu dan difahamkan dalam masa sama satu mesyuarat turut diadakan di bangunan UMNO di sini pada petang Khamis.

Setakat ini, Warisan mempunyai seramai 19 ADUN manakala BN mempunyai 17 ADUN termasuk dua ADUN dilantik.