Gangguan suis jejas jadual LRT laluan Kelana Jaya

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan kejadian pertama berlaku pada 4.24 petang tadi menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni serta pasukan teknikal telah berada di lokasi dan kerja-kerja baik pulih selesai pada 5.20 petang.

"Gangguan kedua telah berulang antara Stesen Damai dan Dato’ Keramat pada 5.26 petang. Buat masa ini, kakitangan teknikal sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan akan memastikan operasi kembali normal pada kadar segera,” katanya.

Bagi mengurangkan kesesakan di stesen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan antara Stesen KLCC, Ampang Park, Damai, Dato’ Keramat, Jelatek dan Setiawangsa.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan serta melayari media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status perkhidmatan terkini. - Bernama

Artikel Berkaitan: