Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin galas cabaran jurulatih baharu

Yew Sin (kiri) dan Ee Yi mengekalkan tempo permainan sama di bawah bimbingan jurulatih baharu menjelang Terbuka Malaysia minggu depan. - Foto Agensi
Yew Sin (kiri) dan Ee Yi mengekalkan tempo permainan sama di bawah bimbingan jurulatih baharu menjelang Terbuka Malaysia minggu depan. - Foto Agensi
A
A
A

BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin optimis dengan persediaan yang dilakukan bagi menghadapi kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu depan biarpun dibimbing jurulatih baharu.

“Segalanya berjalan lancar walaupun kami bertukar jurulatih dengan mendapatkan khidmat Rosman Razak.

“Kami sudah memulakan latihan di bawah kendaliannya sejak bulan lalu,” ujar Yew Sin.

Mereka bakal berdepan ujian pertama di Terbuka Malaysia menentang Ren Xiang Yu-Tan Qiang dari China.

Ee Yi berkata, persiapan berjalan dengan baik tanpa perlu memperbaiki sebarang teknik atau corak permainan.

“Kami tidak akan mengubah corak permainan menjelang seminggu kejohanan. Jadi kami kekal persiapan sedia ada setelah berbincang dengan jurulatih, Rosman dan bekas jurulatih, Chin Ee Hui.

“Kerjasama sama antara kami harap dapat membuahkan hasil,” ujar Ee Yi.

Mengulas cabaran aksi pusingan pertama itu, pasangan negara yang menghuni ranking ketujuh dunia enggan menganggapnya sebagai laluan mudah, biarpun di atas kertas kemenangan boleh berpihak mereka berbanding gandingan lawan yang berada di ranking ke-28.

Artikel Berkaitan:

“Tiada jalan mudah dalam beregu lelaki. Kami akan berdepan satu persatu perlawanan,” ujar Yew Sin.

Yew Sin-Ee Yi juga bersikap realistik mengenai sasaran mereka pada kejohanan tersebut dengan lebih selesa menyimpannya sebagai rahsia.

“Kami tidak mahu letakkan sasaran terlalu tinggi dan rendah.

“Kalau sasaran kami tidak menjadi, bukan sahaja kami malah penyokong juga kecewa,” ujar Ee Yi. - Stadium Astro