Bekalan telur mencukupi di Pulau Pinang

Jegan
Jegan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Bekalan telur ayam di Pulau Pinang mencukupi bagi menampung permintaan tinggi pengguna termasuk ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Jegan R Subramaniam berkata, dalam Op Terjah yang dilaksanakan bermula 16 Disember hingga 4 Januari mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

Menurutnya, melalui pemeriksaan yang dijalankan itu mendapati pemborong memperoleh bekalan telur seperti biasa dan tiada masalah dengan bekalan.

Bagaimanapun jelasnya, ada dalam kalangan peruncit yang mengalami gangguan bekalan atas beberapa faktor lain.

"Sepanjang pemantauan kita lihat bekalan telur mencukupi namun ia bergantung kepada kaedah penghantaran daripada pihak pemborong kepada pihak peruncit dan pasar raya.

"Kita harap kita ia akan berkekalan sehingga musim perayaan nanti," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Hadir sama Timbalan Pengarah KPDN negeri, A Mogan.

Jegan berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan bekalan telur ayam dan barangan keperluan asas yang lain seperti ayam, gula,minyak masak dan tepung gandum mencukupi untuk kegunaan pengguna.

Artikel Berkaitan: