‘Kekhilafan datang dari saya sendiri’ - Faisal

Tangkap layar kenyataan Faisal yang dimuat naik di laman sosialnya pada Rabu.
Tangkap layar kenyataan Faisal yang dimuat naik di laman sosialnya pada Rabu.
A
A
A

KEMELUT pemain Selangor FC, Faisal Halim dan bekas majikannya Terengganu FC (TFC) berakhir dengan permohonan maaf daripada tonggak Harimau Malaya tersebut.

“Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku di antara saya dengan pihak Terengganu FC.

“Saya juga memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku di antara saya dengan para penyokong selama berada di bumi Terengganu Darul Iman.

“Setiap kebaikan datang dari ALLAH SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri. TFC telah jelaskan baki gaji saya,” katanya yang dimuat naik di laman media sosialnya pada Rabu.

Dalam muat naik itu, Faisal turut berkongsi gambarnya bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif (COO) TFC, Mohd Sabri Abas.

Untuk rekod, Faisal dalam satu ciapan pada 23 Disember lalu dipetik berkata, “KITA diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro.”

Ciapan Faisal di laman media sosialnya itu mendapat reaksi para penyokong bola sepak negara. Faisal kini sedang menggalas cabaran Malaysia dalam kempen Piala AFF 2022.

Artikel Berkaitan: