Harimau Malaya berdepan Kepulauan Solomon, Yemen di Terengganu

Aksi persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim bulan lalu. - Foto FB FAM
Aksi persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim bulan lalu. - Foto FB FAM
A
A
A

DUA aksi persahabatan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pada Jun ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan bahawa harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.

"Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu untuk memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan menyaksikan perlawanan serta pemain secara dekat," katanya.

Hamidin yang juga Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 berkata demikian selepas meninjau latihan skuad terjun negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bersama timbalannya, Datuk Nicol David.