X

Kindly register in order to view this article
!

Kaki Jersi rancang buka cawangan di Terengganu, Melaka

Harfat (dua dari kanan) dan Zharif (kanan) ketika siaran Sinar Live di Shah Alam baru-baru ini.
A
A

SYARIKAT bumiputera, Kaki Jersi Enterprise (Kaki Jersi) akan membuka beberapa cawangan baharu sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pencetak dan pengedar jersi dan rangkaian barangan sukan berjenama Kaki Jersi dalam pasaran tempatan serta antarabangsa.

Pengarah Urusannya, Harfat Rusman berkata, setakat ini, mereka memiliki satu cawangan di Gombak dan merancang untuk membuka cawangannya di Terengganu dan Melaka dalam masa terdekat.

Menurutnya, setakat ini jersi dan rangkaian produk Kaki Jersi hanya boleh didapati di platform atas talian sahaja dan outltet di Gombak yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Dengan adanya penambahan cawangan, ia dijangka memacu jualan Kaki Jersi dan membolehkan pelanggan membuat tempahan serta mendapatkan maklumat mengenai rekaan yang mereka kehendaki. Ia juga memudahkan mereka untuk merasai sendiri jenis material yang digunakan oleh Kaki Jersi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Live ketika membincangkan tajuk ‘Nak tempah jersi dengan harga yang berpatutan’ yang turut dihadiri Pegawai Pemasaran Kaki Jersi, Zharif Ghazali.

Harfat berkata, Kaki Jersi menawarkan harga berpatutan dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah, akademi bola sepak, pasukan amatur sukan tertentu dan individu serta syarikat korporat.

“Kami menyasarkan jualan Kaki Jersi 60,000 helai pada tahun ini didorong pemasaran agresif antaranya menyertai beberapa jerayawara di seluruh negara dan aktif di platform media sosial untuk mendekati pelanggan kami.

“Selain itu, ia juga dipacu penjenamaan yang kami lakukan dengan menaja beberapa kelab bola sepak dalam negara dan antarabangsa. Kami juga mempromosikan jersi kami dengan memakainya setiap kali ada perlawanan bola sepak yang kami sertai,” katanya.

Harfat berkata, selain pasaran Malaysia, Kaki Jersi telah menembusi pasaran Jepun, United Kingdom, Maldives dan Indonesia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!