Kelas prasekolah tidak cukup

Negara masih belum capai sasaran nisbah sepatutnya bagi peringkat pendidikan tersebut yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah pusat pendidikan awal kanak-kanak disediakan kerajaan masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tinggi terhadap perkhidmatan tersebut di dalam negara.

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Juppri Bacotang berkata, negara masih belum mencapai sasaran nisbah sepatutnya bagi peringkat pendidikan tersebut yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelasnya, peningkatan drastik kewujudan taska dan tadika dikendalikan pihak swasta terutamanya di bandar besar juga merupakan bukti jelas kekurangan jumlah kemudahan pendidikan berkenaan.

*Baca laporan penuh di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: