Lelaki dikhuatiri lemas di Tasik Gubir

 Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SIK - Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an dikhuatiri lemas di Tasik Gubir dekat sini pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.57 petang, sebelum ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Pusat Gerakan Operasi Kedah terima panggilan kecemasan mangsa lemas melalui MERS 999 dan jentera-jentera serta bot dengan kekuatan lima anggota bersama pegawai, telah digerakkan ke Tasik Gubir.

"Jarak lokasi dari balai kita ialah 43 kilometer...Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata berdasarkan maklumat awal diperoleh kemungkinan mangsa ke Tasik Gubir untuk memancing.

"Siasatan masih dijalankan dan operasi mencari dan menyelamat akan bersambung esok,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: