Pelajar pondok dikhuatiri lemas

Seorang pelajar pondok dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Air Terjun Chamang, Bentong pada Khamis. - Foto ihsan JBPM
Seorang pelajar pondok dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Air Terjun Chamang, Bentong pada Khamis. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

BENTONG - Seorang pelajar pondok dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Air Terjun Chamang di sini, pada Khamis.

Mangsa, Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, dari Pondok Bustanul Asrafiah Tanjung Malim, Perak sebelum itu datang berkhemah bersama 14 pelajar lain selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba terlibat melakukan SAR di tempat kejadian. - Foto ihsan JBPM
Anggota bomba terlibat melakukan SAR di tempat kejadian. - Foto ihsan JBPM

"Makluman awal memaklumkan terdapat 15 orang termasuk mangsa berkhemah di kawasan kejadian. Mangsa yang sedang mandi dikhuatiri dihanyutkan oleh arus deras," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut mendapat bantuan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.

Ujar beliau, pasukan bomba membuat pencarian di permukaan air dan turut mendapat bantuan agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).