Lelaki Nepal lemas, jatuh tasik ketika kutip bola golf

Mangsa dijumpai kira-kira 5.39 petang pada jarak 3.05 meter dari lokasi terakhir mangsa.
Mangsa dijumpai kira-kira 5.39 petang pada jarak 3.05 meter dari lokasi terakhir mangsa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di sini, pada Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Noor Azhan Ahmad berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.38 petang.

"Mangsa yang berusia 27 tahun disyaki terjatuh ke dalam tasik pada jam 3.50 petang dan ketika kejadian, dia sedang bekerja mengutip bola golf di kawasan tasik tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Beliau berkata, pencarian dibuat menggunakan teknik pencarian permukaan dalam radius 3.05 meter sebelum mangsa dijumpai kira-kira 5.39 petang pada jarak 3.05 meter dari lokasi terakhir mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.15 petang. - Bernama