Gangguan bekalan air di Gombak, KL pulih 59 peratus

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh telah mencapai 59 peratus setakat jam 7 pagi menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan 51 daripada 83 kawasan yang terjejas di Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih, manakala bekalan air di 32 kawasan lagi dijangka pulih jam 9 malam nanti.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” menurut kenyataan itu.



Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian, selain menggunakan air secara berhemah.

"Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan: