TPM ucap selamat ulang tahun ke-48 kepada UTK PDRM

UTK PDRM menyambut ulang tahun ke-48 pada Ahad.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
UTK PDRM menyambut ulang tahun ke-48 pada Ahad.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Md Yusof mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disambut pada Ahad.

Ahmad Zahid dan Fadillah, yang berkongsi ucapan melalui rakaman video di laman Twitter masing-masing, berkata, peranan PDRM khususnya UTK adalah amat penting dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman awam dan bukan hanya bertindak melindungi pemimpin penting kerajaan.

"Saya harapkan sebagai sebuah pasukan elit di bawah PDRM, UTK harus terus tersohor sebagai sebuah unit yang bukan hanya menjaga tugas PDRM tetapi juga terus menjaga negara terutamanya orang penting (VIP) atau orang kenamaan (VVIP) yang perlukan bantuan kawalan.

"Namun saya yakin tugas UTK lebih besar dan berat daripada itu, mudah-mudahan ulang tahun kali ini akan terus memberikan semangat kepada pegawai dan anggota UTK seluruh negara," kata Ahmad Zahid.

Fadillah pula berharap semua warga UTK selamat dan dilindungi sepanjang menjalankan tugas berat menjaga keselamatan serta kesejahteraan negara.

"Penghargaan dan terima kasih juga atas kawalan keselamatan yang diberikan pada saya sebagai Timbalan Perdana Menteri... menghargai jasa UTK yang begitu komited dalam memikul tugas dan amanah diberikan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: