Jamin kelangsungan bekalan makanan

Azman (tengah) dan Zawawi bersama peserta Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu, di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini, hari ini.
Azman (tengah) dan Zawawi bersama peserta Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu, di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengatur pelbagai strategi bagi menjamin Terengganu menjadi sebuah negeri yang dapat menjamin kelangsungan sendiri bekalan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebanyak RM15 juta diperuntukkan pada tahun pertama menerusi Bajet 2019 kepada sektor pertanian yang akan diuruskan berpandukan Pelan Strategik Halatuju Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023.

“Pelan strategik ini dirangka bagi mencapai visi dan misi iaitu menjamin keselamatan makanan ‘food security’, memajukan ekonomi berteraskan pertanian, penternakan, perikanan dan asas tani serta menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan.

“Pada 2018, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700,000 kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan akuakultur seperti menaik taraf projek akuakultur dan bantuan input kepada pengusaha akuakultur termasuk ikan hiasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Perasmian Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu, di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali berkata, Terengganu mempunyai seramai 825 penternak berdaftar dengan jabatan dengan keluasan kawasan ternakan 825.08 hektar.

“Pada 2018, sebanyak 5,351.61 metrik tan pengeluaran ikan makan telah direkodkan dengan nilai 94.668 juta.

“Manakala pengeluaran ikan hiasan dan benih masing-masing sebanyak 296,497 ekor bernilai RM4.018 juta dan 161.428 juta ekor dengan nilai RM932.369 juta.

Artikel Berkaitan:

"Daerah Kuala Terengganu menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran ikan makan iaitu sebanyak 35 peratus manakala Kemaman menyumbang 41.6 peratus bagi sektor ikan hiasan manakala pengeluaran benih ikan marin disumbangkan daerah Besut," katanya.