Mujur sempat selamatkan diri

Keadaan di lokasi semasa kejadian.
Foto: Ihsan Bomba Negeri Sembilan.
Keadaan di lokasi semasa kejadian. Foto: Ihsan Bomba Negeri Sembilan.
A
A
A

TAMPIN - Seorang pekerja bengkel kereta sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari bengkel berkenaan di kawasan industri kecil di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Ahad.

Penolong Penguasa Bomba(PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Mohd Zayyid Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.46 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin dikejarkan ke lokasi.

"Terdapat seorang pekerja lelaki yang memang tidur di situ sebelum menyedari premis berkenaan terbakar.

"Bengkel kereta berkeluasan 300x400 kaki persegi itu terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Kota dan Gemencheh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Ujarnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: