Trucha pengendali baharu KUFC

Rozi (tengah) ketika mengumumkan Trucha (dua dari kiri) sebagai pengendali baru KUFC pada Jumaat.
Rozi (tengah) ketika mengumumkan Trucha (dua dari kiri) sebagai pengendali baru KUFC pada Jumaat.
A
A
A

BEKAS jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dilantik sebagai pengendali Kelantan United Football Club (KUFC) pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Pelantikan Trucha, 51, dari Republic Czhech itu diumumkan pengurusan KUFC pada Sabtu.

Trucha ketika ditemui pemberita memaklumkan belum bertemu pemain pasukan itu tetapi tidak sabar memulakan latihan pertama pada 4 Januari depan.

"Saya akan bertemu pemain pada 1 Januari dan akan merancang taktikal atau strategi sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia," katanya selepas diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan.

Trucha turut memberi penghargaan kepada pengurusan KUFC kerana memberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan itu.

"Saya benar-benar teruja untuk bersama pasukan baharu dan berjanji akan membantu KUFC mendapat tempat dalam liga," katanya.

Sementara itu, Presiden KUFC, Rozi Muhamad berkata, KUFC memperuntukkan perbelanjaan lebih besar untuk musim depan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan termasuk pengurusan pasukan bawah 21.

Beliau memberitahu, rombakan pemain dilakukan dengan meletakkan pemain muda berusia bawah 30 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Rombakan besar-besaran dilakukan melibatkan 90 peratus muka baharu," katanya.

Tahun lalu, KUFC menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan kelima dan menunjukkan peningkatan prestasi sejak 2019.

Rozi mengakui Kelantan United dianggap pasukan ‘underdog’ tetapi mereka tetap berazam melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia.